Thursday, April 25, 2013

Isu 14; Lawan Sampai Kiamat!



Alhamdulillah. Terbit sudah Majalah Jom! isu ke-14. Isu yang bertajuk ‘Lawan Sampai Kiamat’ ini secara keseluruhannya membawa tema daripada surah al-Kafirun. Secara keseluruhannya, isu kali ini memfokuskan entang hakikat bahawa al-Haq (kebenaran) dan al-Batil (kebatilan) itu akan terpisah, tiada titik pertemuan di antara keduanya, sehinggalah kiamat kelak. Isu kali ini juga menekankan tentang kemenangan yang akan sentiasa berpihak kepada al-Haq, juga adab-adab bagi kita bergaul dengan orang kafir.



Antara yang menarik dalam isu ini adalah:

·       ‘Al-Kafirun: Segalanya Berbeza!’ oleh Dr. Yue Qiu Wai.
Penulis menceritakan tentang hakikat sebenar yang dibawa oleh surah al-Kafirun ini dan apakan implikasi yang seharusnya dibawanya dalam kehidupan kita. Inilah hakikat yang perlu difahami dengan jelas oleh setiap mukmin. Baca selanjutnya dalam Majalah Jom! #14.

·        Infografik ‘Pertembungan Epik Sepanjang Zaman’ menonjolkan pula perang-perang epik dan hebat yang telah dilalui umat Islam semenjak zaman Rasulullah S.A.W sehingga kini. Islam dan Batil, sampai bila-bila akan menjadi lawan!

·        Inche gabbana menghiasi pula kolum santai kali ini dengan artikel beliau ‘Jay Zack Kay Kay, Iman!’ Kali ini, beliau menceritakan tentang pemergian seorang al-Akh yang begitu muda namun kilauannya menyinar ke seluruh pelosok bumi. Saksikanlah kisah almarhum al-Akh Iman yang pemergiannya telah menghidupkan banyak jiwa di luar sana.

·       ‘Aku Clear Dengan Islam’ hasil tulisan Ustaz Alias Othman pula menerangkan tentang tiga (3) perkara yang membezakan antara orang Islam dan orang Kafir. Beliau juga menerangkan tiga (3) hakikat mengapa orang mukmin begitu yakin bahawa jalan yang mereka sedang lalui itu adalah jalan kemenangan. Mahu tahu apakah ia? Baca selanjutnya dalam Majalah Jom! isu kali ini.

·       Penulis muda kami, Eushahida Raffar kali ini menulis pula tentang ‘Ingat Senang nak Sabar?’ Apakah pula yang ingin ditekankan oleh penulis tetap ruangan Qalbun Saleem ini? Apakah kaitan frasa “No Pressure, No Diamonds” dengan sabar?

Hakikatnya, hanya ada dua (2) jalan di atas dunia ini. Sama ada jalan al-Haq; jalan yang ditunjukkan Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat serta pengikutnya yang datang sesudah itu, ataupun jalan al-Batil; jalan yang ditunjukkan syaitan, serta kaum musyrikin dan kafir setelah itu. Destinasinya juga jelas, sama ada syurga ataupun neraka. Terpulang kepada kita untuk membuat pilihan sewajarnya.

Jom Kita Lawan Sampai Kiamat!






Thursday, April 11, 2013

Majalah Jom! Versi Digital!


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, Wa Astaghfirullah.

Bermula pada isu ke-12; Cobaan Datang Lagi!, Majalah Jom! sudah boleh didapati melalui App Store di iPad dan iPad mini.

Kini, anda boleh mendapatkan dan membaca Majalah Jom! di mana-mana anda berada! Tiada lagi kelambatan, mahupun kos penghantaran mahal yang perlu ditanggung. Semuanya di hujung jari sahaja! :)

Apa tunggu lagi? Moh dapatkan segera.

Majalah Jom! versi iPad

P/s: Bagi pengguna iPhone dan Android, mohon bersabar. Doakan agar kami dapat membangunkan apps yang merentasi platform dengan segera ya? Biidznillah. :)

Wednesday, March 20, 2013

Isu 13; Yeah! Kita Pasti Menang!


Lengkap sudah 1 putaran (baca: cycle) Majalah Jom! Dengan izin Allah, kami telah berjaya menerbitkan isu ke-13 yang bertajuk ‘Yeah! Kita Pasti Menang!’

Kali ini, dengan membawa tema daripada surah an-Nasr, Majalah Jom! memfokuskan pula kepada jaminan kemenangan daripada Allah S.W.T kepada para mukmin. Setelah para mukmin dihadapkan dengan pelbagai ujian dan halangan yang datang dari dalam dan luar, termasuklah cabaran daripada orang-orang yang terdekat yang tidak menyokong perubahanyang mereka lakukan serta dakwah yang mereka perjuangkan, Allah menjanjikan pula kemenangan kepada mereka yakni dengan masuknya orang secara berduyun-duyun ke dalam Islam.



Antara yang menarik dalam isu ini adalah:
  • ‘Mengapa Orang Islam Dahulu Boleh Menang’ oleh Ustaz Alias Othman yang mengupas tentang bagaimanakah generasi para sahabat dahulu boleh menjadi orang yang mendapat kemenangan daripada Allah. Apakah sebenarnya yang ditanamkan oleh Rasulullah di dalam jiwa mereka? Apakah pula hakikat kemenangan yang sebenarnya?
  • 'Kemenangan yang Dinantikan' ditulis oleh Dr. Yue Qiu Wai pula menceritakan mengenai mengapakah di celah-celah surah an-Nasr ini disusun di celah-celah surah berbentuk Makkiyyah sedangkan ia adalah surah Madaniyyah. Apakah sebenarnya keyakinan dan kefahaman yang ditanamkan melalui surah-surah sebelum ini sehingga memungkinkan surah an-Nasr sesuai diletakkan di sini? Baca selanjutnya di dalam Majalah Jom! #13.
  • Infografik ‘Adakah Kau Lupa' menonjolkan pencapaian-pencapaian hebat dan cemerlang sewaktu Islam mencapai zaman kegemilangannya ketika di bawah pemerintahan khilafah Abbasiyyah. Antaranya adalah pembukaan Andalus dan perkembangan teknologi dan ilmu.
  • 'Dari Serial Cinta Ke Kerusi Presiden' oleh seorang penulis yang baru di dalam Majalah Jom! iaitu saudara Aizat Kamal. Jom kita kenali sosok seorang lelaki bernama Anis Matta yang hanya pada usia 45 tahun telah dilantik menjadi pemimpin parti Islamik di Indonesia, Partai Keadilan Sejahtera. Ikuti kisahnya yang begitu menarik sekali, bagaimana daripada hanya seorang penulis buku kini beliau telah menjadi Presiden PKS.
  • 'Sosok-sosok di Sebalik Runtuhan' menghiasi pula kolum Qalbun Saleem oleh Eushahida Raffar. Sang penulis menceritakan sedikit sebanyak ibrah yang didapatinya apabila diizinkan Allah untuk memasuki bandar Gaza, Palestin. Mahu tahu? Baca selanjutnya di dalam Majalah Jom!


Sesungguhnya, Allah telah menjanjikan kemenangan kepada mukmin. Namun kemenangan itu hanyalah sebagai bonus buat mereka. Apa yang lebih penting adalah untuk para mukmin sentiasa menjaga hubungan mereka dengan Allah S.W.T dengan sentiasa mengingati-Nya, mengharapkan hanya redha-Nya dan menggantungkan diri sepenuhnya kepada Dia. Moga kita termasuk orang-orang yang mendapat kemenangan, di dunia dan akhirat, insya-Allah!



Wednesday, February 27, 2013

Isu 12; Cobaan Datang Lagi!


Alhamdulillah, Majalah Jom! telah memasuki isu ke-12! Dengan membawakan tema daripada surah al-Lahab, Majalah Jom! yang bertajuk ‘Cobaan Datang Lagi!’ ini membincangkan pula tentang sebuah lagi halangan besar yang akan melanda seorang mukmin yang ingin merubah dirinya serta mengajak orang lain untuk menyertainya iaitu halangan daripada orang yang terdekat dengan dirinya. Allah telah mengisyaratkan tentang perkara tersebut melalui surah ini yang melaknat Abu Lahab dan isterinya yang begitu bersungguh-sungguh berusaha untuk menghalang jalan dakwah Rasulullah S.A.W. Sehingga akhirnya, terpahatlah nama mereka di dalam al-Quran setaraf Firaun dan Haman.


Antara yang menarik dalam isu ini adalah:

·                ‘Inilah al-Lahab’ oleh Dr. Yue Qiu Wai yang menyimpulkan beberapa pengajaran penting seorang mukmin boleh ambil daripada surah al-Lahab. Apakah pengajaran tersebut? Baca selanjutnya di dalam Majalah Jom!
·                'Argh! Mengapa Aku Diuji Sebegini?' oleh Muharikah pula menceritakan tentang motivasi sebenar seorang mukmin dalam menghadapi cabaran demi cabaran yang datang dalam hidupnya. Ujian pastinya akan hadir dalam hidup kita dan ia semestinya berbeza-beza untuk setiap daripada kita, namun ia bukanlah alasan untuk kita begitu mudah menyerah kalah.
·                Infografik ‘Syria Berdarah' berserta artikel yang ditulis oleh seorang pelajar di Jordan tentang keadaan terkini di Syria. Lihatlah bagaimana kekejaman rejim Basyar al-Assad yang sehingga kini telah membunuh hampir 60,000 rakyat Syria di mana sebahagian besar daripadanya adalah rakyat biasa sahaja. Jom ambil tahu tentang umat!  
·                'Senang Je Nak Masuk Syurga' oleh seorang penulis yang tidak asing lagi, Hilal Asyraf. Kali ini, beliau ingin mengajak para pembaca untuk membetulkan paradigma kita yang selama ini menginginkan jalan mudah untuk ke syurga. Apakah hakikat sebenarnya yang ingin diketengahkan oleh Hilal Asyraf? Baca selanjutnya di dalam Majalah Jom! isu 12.
·                'Lemahmu Adalah Kekuatanmu' menghiasi pula kolum Berguru dengan Sahabat Nabi oleh Nurul ‘Izzah Zainol. Mari belajar tentang sahabat Nabi, Abdullah Ibnu Ummi Makhtum yang menjadikan kecacatannya sebagai kekuatan untuknya terus beramal soleh demi memperoleh redha Allah.

Sesungguhnya, cabaran dalam kehidupan memang tidak akan putus sehinggalah kita dijemput kematian dan bertemu dengan Allah S.W.T. Kerana itu, kita perlu menyiapkan diri kita untuk menghadapi semua cabaran ini dan tidak berputus asa di atas jalan Allah sehinggalah Allah meredhai amal-amal kita insyaAllah. Jom dapatkan Majalah Jom! isu 12 sekarang!